Saturday, April 5, 2014

BUAT DUIT DENGAN ADF.LY ONLINE TAK PAKAI MODAL


BUAT DUIT DENGAN ADF.LY ONLINE TAK PAKAI MODAL

BUAT DUIT ONLINE TAK PAKAI MODAL

Adf.ly merupakan website yang menyediakan khidmat memendekkan URL atau Link sama seperti bit.ly dan goo.gl tapi sedikit berbeza iaitu anda boleh membuat duit dengan setiap link yang anda pendekkan! Sekarang terdapat banya website yang menyediakan khidmat memendekkan url sama ada untuk meringkaskan URL yang panjang atau untuk tujuan menyembunyikan URL sebenar. Tapi hanya beberapa website sahaja yang boleh digunakan untuk membuat duit online seperti Adf.ly, Adf.ly adalah yang paling singkat masa di ruangan ads dan paling rendah nilai withdrawal. Anda boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan dan untuk mendapatkan hasil yang lumayan anda perlu kaji dan pelajari selok belok mengenai program ini. Kami yakin, dari semasa ke semasa, hasil anda pasti akan meningkat.


    

Bagaimana Adf.ly Berfungsi?

Seperti yang dijelaskan tadi, Adf.ly adalah penyedia khidmat memendekkan URL di mana ia juga turut menyertakan iklan pada setiap link atau URL yang anda pendekkan. Dari situlah anda akan menjana pendapatan. Iklan tersebut akan muncul untuk 5 saat dan selepas itu anda boleh klik “Skip Ads” untuk ke URL atau laman web sebenar. Setakat ini, jumlah yang akan anda perolehi ialah sekitar $0.50 – $4.70 untuk setiap 1000 view. Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh membuat duit online dengan adf.ly;

1. Dengan Menayangkan Interstitial Ads. Menayangkan interstitial ads pada link anda adalah cara yang paling menguntungkan anda kerana iklan yang ditayangkan adalah full-screen sebelum pelawat link anda boleh ke website sebenar. Iklan tersebut akan muncul untuh tempoh 5 saat sebelum link Skip ads muncul untuk pelawat pergi ke URL sebenar. Klik sini untuk contoh

2. Dengan Menggunakan Framed Banner. Menggunakan cara ini, lebih selesa untuk para pelawat kerana iklan yang disiarkan adalah berbentuk banner dan tidak memenuhi screen. Walau bagaimana pun, hasilnya kurang berbanding cara pertama tadi. Klik sini untuk contoh


  Bagaimana Untuk Menjana Wang Lebih Banyak Dengan Adf.ly?

Baiklah, di sini kami terangkan cara sebenar bagaimana untuk menjana $50 sebulan dengan menggunakan Adf.ly. Jika anda rajin, anda mampu menjana lebih dari $50 sebulan. Sebelum itu, jangan terpengaruh jika ada yang mengatakan anda boleh jadi jutawan dengan program ini. Bagi kami, program ini adalah sebagai sumber pendapatan sampingan sahaja.

Membuat Post Di Forum. Jika anda biasa berforum online, tugas ini lebih mudah untuk anda. Terdapat banyak forum online membincangkan pelbagai topik dan mempunyai jutaan pelawat sebulan.

Antara forum yg anda boleh cuba adalah:
Gempak.org
Syok.org
Sempoi.org


Katalah, anda mahir menggunakan Photoshop atau mahir menggunakan Kamera Digital, anda boleh mendaftar di forum – forum yang berkaitan dengan photoshop dan digital camera. Anda boleh berkongsi gambar – gambar menarik dengan create adf.ly link ke gambar atau apa – design yang menarik kepada ahli forum yang lain. Anda boleh create thread atau topik misalnya “Logo percuma untuk website anda atau template percuma untuk blog anda”. Letakkan sedikit penerangan dan sedikit gambar yang berkaitan. Kemudian anda pendekkan link ke logo atau template percuma tadi menggunakan Adf.ly. Jika anda sangat aktif melakukan kaedah ini, anda pasti mendapat ribuan klik ke link Adf.ly anda. Anda perlu mendaftar di seberapa banyak forum berkaitan yang boleh dan lagi bagus jika forum tersebut mempunyai ramai ahli.

Untuk meningkatkan lagi hasilnya, kami sarankan anda daftar di forum berbahasa Inggeris kerana pasarannya adalah di seluruh dunia. Anda boleh berkongsi apa sahaja yang disukai ramai seperti ebook, software, movie, game dan macam – macam lagi.

Upload Video Ke Youtube. Youtube adalah cara yang sangat popular untuk buat duit online dan boleh juga diaplikasi untuk menbuat duit online menggunakan Adf.ly. Jika anda tahu membuat video, anda boleh buat video tentang software baru, lagu baru, sesuatu yang hangat, video panduan membuat kek, dan sebagainya. Kemudian anda letakkan link untuk mereka mendapaktan video tersebut di ruangan description dan jangan lupa, link tersebut mestilah dipendekkan dengan Adf.ly. Disebabkan video adalah cara yang sangat berkesan untuk anda mendapatkan traffic atau pelawat dengan beretusan, maka anda boleh membuat seberapa banyak video yang boleh serta muat naik di youtube dan video sharing site yang lain. Anda pasti akan mendapat beribu – ribu klik ke link Adf.ly anda. Lagi banyak video yang anda upload, lagi banyaklah duit yang anda mampu buat.

Membuat Link Kepada Sesuatu Yang Menarik Setiap Hari. Jika anda aktif menggunakan website seperti Facebook, Twitter, Myspace atau mana – mana website sosial yang lain, anda juga boleh buat duit online dengan Adf.ly. Secara ringkasnya, lebih banyak link yang anda buat, maka lebih banyak duit yang anda mampu buat. Letakkan atau kongsikan link – link ke website yang mempunyai pengunjung yang ramai. Link tersebut biasanya akan kekal selama – lamanya dan anda juga berpotensi untuk mendapatkan wang secara beterusan. Walau bagaimanapun, jangan meletakkan link anda di IM seperti YM dan sebagainya kerana anda tidak akan mendapat apa – apa dan mungkin akaun adf.ly anda boleh dibatalkan.


Ciri – Ciri Tambahan Menarik Adf.ly

Adf.ly adalah website yang sangat bagus dan ada sesuatu yang menjadikannya bagus. Ini termasuklah interface yang user friendly dan mudah difahami walaupun untuk mereka yang masih baru. Adf.ly juga mempunyai forum dimana anda boleh berkomunikasi dan bertanyakan soalan kepada admin dan ahli – ahli yang lain serta melihat testimonial dan bukti pendapatan. Ini untuk membuktikan bahawa website ini bukanlah SCAM dan ia memang betul. Anda juga akan mendapat laporan terperinci tentang prestasi link anda seperti jumlah klik, dari mana pelawat datang (seluruh dunia), dan jumlah pendapatan anda. Apa pun, yang paling penting, anda hanya memerlukan payout yang kecil iaitu hanya $5.00 sebelum anda boleh transferkan ke akaun paypal anda.



* Dapat lebih daripada $4.00 per 1000 klik
* Semua iklan adalah umum & tiada pop-up
* Boleh melihat statistik berapa klik untuk setiap link/url
* Serendah $5.00 untuk transfer ke paypal
* Link/url menjadi pendek & tidak memerlukan ruang yg panjang
* Cuma 5 saat "skip ads"
* Copy, paste, shrink, copy, paste = dapat duit

KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR

0 comments:

Post a Comment

WITGET PING BUSUK