Sunday, March 30, 2014

NOVEL BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

NOVEL BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

Cinta itu hadir kerana perkenalan..





Bersemi kerana perhatian....
Bertahan kerana kesetiaan...
Namun cinta itu bisa gugur kerana satu kebohongan....






Bukan kerana aku tak cinta buah tangan ke-tiga dari Eman Sufi selepas Novel Suami yang kubenci kisah cinta Uwais dan Hannah Maryam. Perkembangan terbaru novel iniakan di dramakan. Selepas itu Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati kisah cinta Rayyan dan Wafeen yang penuh dugaan. Kini Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta kisah Jebat dan Mastura. Novel ini terbitan Karyaseni dan keluaran April 2013 telah terpilih untuk di dramakan di saluran Astro . Novel yang mempunyai ketebalan 627 muka surat ini membongkar cerita cinta dan kehidupan Jebat yang penuh tragis. Sedikit review dari saya .


Hannah Mastura gadis genit yang baru pulang dari UK , adik kepada Hannah Maryam. Pertemuan di rumah Tok ayah , pemuda yang bernama Ahmad Ziyad atau nama panggilan Jebat menambat hati Mastura. Jebat yang berdarah campuran cina dan melayu yang berkerja sebagai pembantu abang iparnya Uwais. Tujuan Jebat hanya satu , melupakan kisah silamnya dan berhijrah belajar ilmu agama dengan sokongan Uwais dan Ustaz hafiz. Sikap mastura yang berani berterus terang tentang perasaannya membuatkan Jebat rasa serba salah. Jebat tidak pernah mengimpikan dia akan jatuh cinta pada Mastura. Kehadiran Cif Inspector Aryan adik pada Fawwaz sepupu Mastura menagih janji yang pernah dilafazkan oleh Mastura sebelum pergi ke UK dulu. Bagi Mastura itu janji yang dibuat semasa dia masih muda dan tidak matang untuk menilai. Kini Hatinya hanya untuk Jebat lelaki yang mampu mengetar hatinya. 

Apa bila cerita Mastura dan Jebat diketahui oleh Hannah Maryam dan Tuk Ayah, Tuk Ayah memutuskan agar Mastura bertunang dengan Aryan tetapi dibantah oleh Mastura. Kerana keputusan itu Mastura mengumumkan mogok lapar. Diketika itu Jebat yang melawat bapa saudaranya Uncle Kwan . Kesihatan Uncle Kwan yang semakin uzur. Uncle Kwan juga memujuk agar Jebat mengahwini Eirin atau nama sebenar Damia. Tetapi bagi Jebat Eirin dianggap sebagai adik sepupunya tak lebih dari itu. Eric Foo A.K.A Tiger anak kepada uncle kwan yang sentiasa cemburu pada Jebat. Cemburu kerana Jebat sering diberi perhatian lebih dari dirinya. Jebat tidak mahu lagi dirinya ada kaitan dengan mereka. Hidupnya rosak kerana dendam. Selepas kematian ayah dan ibunya yang dibunuh depan mata, Jebat tinggal bersama bapa saudaranya bersama abangnya Wahab. Tetapi Jebat sering didera. Sejak itu uncle Kwan menjaga Jebat hingga mengusahakan perniagaan (pusat perjudian) di Hong kong. Diusia yang muda Jebat mampu hidup mewah. Kini Jebat meninggalkan semua kemewahan itu demi petunjuk Ilahi. 

Hannah Maryam memutuskan agar Mastura dan Jebat dikahwinkan dengan segera supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk. Dengan keputusan ini juga membuatkan Aryan nak berang. Jebat rasa rendah diri untuk menerima keputusan dari isteri majikannya. Jebat takut Mastura tidak dapat menerima dirinya yang bertatu dibadannya yang berbentuk kepala Naga. Atas pujukan Uwais, Jebat menerima Mastura sebagai isterinya. Dihari perkahwinan Jebat dan Mastura , Jebat didatangi Tiger dan Eirin yang tidak diundang. Jebat takut kehadiran Eirin dan Tiger akan membongkar rahsiasilamnya. Eirin yang sakit hati kerana cintanya tidak pernah berbalas oleh Jebat. Eirin tak pernah berputus asa untuk mendapatkan Jebat kembali walaupun dia tahu Jebat kini sudah berkahwin. Kerana Eirin juga cerita-cerita jebat terbongkar sedikit demi sedikit. Hingga Mastura mendesak Jebat agar tidak berahsia apa-apa. Jebat menceritakan segalanyanya pada Mastura. Saat Jebat membuka baju dan menunjukkan tatu dibadannya Mastura tidak dapat menerima Jebat. Perang dingin berlaku yang agak lama. Mastura cuba melarikan diri dari bercakap dan bertembung dengan Jebat. Demi permintaan Mastura untuk membuang tatu dibadan Jebat. Jebat nekad untuk membuangnya walaupun akibatnya terpaksa menanggung sakit yang amat sangat.

Rahsia kemalangan Hannah Maryam beberapa tahun dulu hingga mengakibatkan Hannah Maryam keguguran terbongkar. Walaupun Jebat telah membatalkan niat untuk melakukan dan mengembalikan wang yang diterima dari Tenggu Muiz tetapi tugas itu dilaksanakan juga oleh Tiger. Hannah Maryam kesal kerana suaminya merahsiakan dari pengetahuannya. Dalam kekeruhan itu Inspektor Aryan mengambil peluang memisahkan Mastura dan Jebat. Inspektor Aryan tak pernah berputus asa untuk mendapatkan Mastura kembali. Dengan kuasa yang disalah gunakan Inspektor Aryan menangkap Jebat atas sabit cubaan membunuh Hannah Maryam. Jebat direman seminggu. Polis tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada bukti dan Jebat bebas dari tuduhan itu dengan pertolongan Tiger dan uncle Bujang papa Eirin. Inspektor Aryan tidak berpuas hati dengan berita itu. Dia juga menyuruh Tok Ayah mengambil pengawal peribadi untuk menjaga rumah bagi mengelakkan penjenayah masuk kerumah Tok ayah. Kerana tak mahu anak saudaranya terus di caci Uncle Bujang membongkar satu rahsia yang disimpan belasan tahun dulu. Sebenarnya Uncle Bujang dan Jebat telah menyelamatkan Hannah Maryam ketika papa dan mama mereka dalam satu kemalangan dulu. Uncle Bujang mengharapkan agar Jebat dilayan baik dalam keluarga Tok Ayah. Jangan memandang pada kesilapan yang lalu tetapi pandang apa yang ada sekarang. Eirin terus berdendam pelbagai cara untuk mendapatkan Jebat hanya sia-sia. Dalam satu pergelutan Eirin tertembak Jebat tanpa sengaja. Selepas kejadian itu Eirin menjadi gila kerana terlalu tertekan. Jebat lelaki yang sukar melafazkan kata cinta kini akur dengan cinta sejatinya. 

0 comments:

Post a Comment

WITGET PING BUSUK